Selasa, 16 November 2010

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Peperiksaan Semester Kedua
Sidang Akademik 2000/2001
Februari/Mac 2001
HGF 324 – Geomorfologi dan Hidrologi
Masa : 3 jam
Sila pastikan bahawa kertas peperiksaan ini mengandungi TIGA muka surat
yang bercetak sebelum anda memulakan peperiksaan ini.
Jawab EMPAT [4] soalan. Jawab DUA [2] dari setiap bahagian
Bahagian A:
1. [a] Jelaskan 2 faktor utama yang menyebabkan data hujan yang
direkod di sesuatu stesen tidak konsisten.
[10 markah]
[b] Huraikan kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan
sama ada data hujan di sesuatu stesen itu konsisten atau tidak.
[15 markah]
2. ”Sejak kebelakangan ini, isu berkaitan dengan kualiti air adalah lebih
penting berbanding dengan isu kuantiti air”. Bincangkan pernyataan ini
dengan merujuk kepada situasi sumber air di Malaysia.
[25 markah]
3. [a] Huraikan factor-faktor utama yang mengawal jumlah sejatan
dari permukaan air dan permukaan yang dilitupi oleh tumbuhtumbuhan.
[20 markah]
…2/-
- 2 - [HGF 324]
[b] Jadual 1 menunjukkan jumlah sejatan harian dari tangki sejatan
kelas A yang diletak berhampiran dengan sebuah tasik.
Sekiranya luas permukaan tasik adalah 500 hektar dan
koefisien tangki sejatan adalah 0.8, kira jumlah air yang hilang
dari tasik dalam liter.
[5 markah]
Jadual 1 – Jumlah Sejatan Dari Tangki Sejatan
Hari 1 2 3 4 5 6
Sejatan dari tangki
sejatan (cm)
1.5 2.2 0.6 1.2 0.7 1.7
4. [a] Dengan menggunakan gambarajah yang sesuai jelaskan
maksud akuifer bebas dan akuifer tertekan.
[10 markah]
[b] Bincangkan peranan air tanah dalam kitaran hidrologi.
[15 markah]
Bahagian B:
5. Horton (1932) menyatakan air larian permukaan adalah lebihan hujan
selepas berlaku infiltrasi. Bincangkan pernyataan di atas dalam kontek
guna tanah kawasan lembangan saliran.
[25 markah]
6. [a] Jelaskan komponen-komponen hidrograf aliran sungai
[5 markah]
[b] Huraikan bagaimana komponen ini boleh berbeza antara satu
sungai dengan sungai yang lain.
[20 markah]
…3/-
- 3 - [HGF 324]
7. Sebagai ahli hidrologi anda diarahkan menyiapkan satu laporan
hidrologi untuk pembangunan sesuatu kawasan tadahan. Huraikan
dengan memberikan contoh bagaimana anda melakukan analisis
luahan menggunakan Kaedah Rasional untuk beberapa kes senario
pembangunan dalam kawasan tadahan anda.
[25 markah]
8. [a] Huraikan beberapa ukuran morfometri lembangan saliran dan
pertaliannya dengan luahan.
[18 markah]
[b] Kira luahan anak sungai yang diempang dengan struktur kawalan
bentuk segitiga tajam sudut bukaan 120o di mana ketinggian
paras airnya ialah 30cm.
[7 markah]
- ooo 0 ooo -

Tidak ada komentar:

Posting Komentar